KONSEP RUKUN NEGARA

   Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. 

   Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti.




No comments:

Post a Comment

RUKUN NEGARA PERPADUAN MASYARAKAT

 ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032) Ahli Kumpulan kami terdiri daripada empat orang pelajar.  Kami adalah: 1. AHMAD SYAHMI BIN SIRAJUDDIN (04DAD...